{VIDEO} Tongkang ‘rempuh’ paip di Jambatan Paka

Paip pembekalan air yang merentangi Jambatan Paka di sini mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah tongkang penyelenggaraan .

Kerosakan itu menyebabkan gangguan bekalan air bersih di banyak kawasan di sekitar bandar Paka dan gugusan Felda Kerteh di sini bermula pukul 2 petang semalam.

Sewaktu kejadian tongkang milik kontraktor tersebut difahamkan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip berkenaan.

“Difahamkan paip tersebut hampir patah setelah dilanggar sebuah bot sebelum itu.

“Saya menggangarkan ribuan pengguna akaun Syarikat Air Terengganu di sekitar Paka dan Kerteh di sini akan mengalami gangguan akibat insiden ini,” katanya.

Sebagai penyelesaian sementara, sumber air alternatif akan diambil dari Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi, Serdang di sini.

{VIDEO} Tongkang 'rempuh' paip di Jambatan Paka

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*