{VIDEO} “Tolong jangan mengidam benda pelik-pelik…” Wanita ‘berang’ ibu hamil rebut meja di kedai makan sebab mengidam

“Tolong jangan mengidam benda pelik-pelik…” Wanita ‘berang’ ibu hamil rebut meja di kedai makan sebab mengidam .

Tidak dinafikan, ibu hamil kadangkala mengidam makanan atau perkara yang pelik

Bukan semua apa yang diidamkan itu akan dapat ditunaikan. Kadangkala kena fikir ikut logik akal juga, jangan sampai perkara itu akan membahayakan atau menyusahkan orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kesal dengan perangai salah seorang ibu hamil di restoran telah mencuri tumpuan.

Wanita itu dan anaknya berada di sebuah kedai roti canai untuk sarapan pagi. Tiba-tiba datang seorang wanita mengandung dan suaminya yang merebut meja wanita itu atas alasan telah lama mengidam.

Wanita meluahkan rasa berangnya kerana dia dan anaknya sampai lebih awal dan telah pun memesan makanan di kedai tersebut.

“Tapi tolong jangan mengidam benda pelik-pelik,”

“Isteri dia nak duduk dekat meja yang aku dan anak aku duduk. Tolong jangan merepek sangat”

“Semua tu atas diri sendiri, tapi sampai hang punya mengidam menyusahkan orang, tak logik tau” katanya.

“Aku pun pregnant, tapi takde lah mengidam kebulur sampai kena halau orang kat meja. Even nak bagi meja dulu pun aku tolak sambung je beratur” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 614K tontonan, 27K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*