{VIDEO} Tindakan Siti Nurhaliza mahu taja 20 pasangan buat IVF untuk dapatkan zuriat undang pujian

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah mengumumkan mahu membantu pasangan yang belum mempunyai zuriat

Menerusi posting di Instagram @nurjiwafoundation, beliau menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Peluang tersebut dibuka menerusi Yayasan Nurjiwa itu hanya memerlukan suami isteri mendaftar di platform badan amal terbabit sebelum melalui tapisan awal.

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsikan berita gembira kepada semua pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan sedang berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Kalian kini boleh memohon dalam program IVF Nurjiwa: Sempurnakan Sebuah Cinta dengan hanya penuhi kriteria diperlukan.

“Permohonan terhad kepada 20 pasangan sahaja. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan,” ujar Siti.

Namun, difahamkan kini permohonan telah pun ditutup oleh kerana mereka telah menerima ribuan permohonan pasangan untuk program berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*