{VIDEO} Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah dirempuh pemandu wanita tak waras

TIGA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun, Terengganu dilaporkan maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran universiti berkenaan kira-kira pukul 8.00 malam.

{VIDEO} Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah  dirempuh pemandu wanita tak waras

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman media sosial, SUV yang merempuh mangsa dipandu oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai mengalami masalah mental.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah dan dilaporkan kritikal ialah Amar Danish Mohd Ridwan, 20.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam.

Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun.

Polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Sementara itu, berdasarkan satu posting di Facebook Pika Messo memaklumkan kesemua mangsa berasal dari luar Terengganu dengan salah seorang daripadanya meninggal ketika kedua-dua ibu bapa dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Mangsa tersebut, Ku Adib merupakan atlet merentas desa SUTAMA sepanjang persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama.

Perkara tersebut dikongsikan bekas guru mangsa yang memaklumkan di group Telegram Kelab Olahraga Elit 2024/2025.

“Al-fatihah (dibaca) buat Ku Adib Aizad Ku Azmi. Moga diampunkan segala dosanya ketika di dunia dan dicucuri rohnya,” tulis hantaran tular itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*