Pelanggan ‘terkejut beruk’, bayar 3 gelas teh ais cecah harga RM135.00. Bukan hanya ada di kedai mewah, harga makanan yang diletakkan terlalu tinggi juga ada di restoran seperti kisah wanita di Jakarta, Indonesia yang terkena bayaran melampau sehingga 448,755 rupiah (RM134.88) hanya untuk tiga gelas teh ais.
Makan di restoran bersama kawan-kawan memang paling menyeronokkan untuk mengisi masa lapang sambil memesan makanan yang lazat, diiringi dengan minuman segar pastinya akan menjadikannya lebih lengkap.
Tetapi perlu juga berhati-hati dengan harga makanan dan minuman jika tidak mahu terkejut dengan harga yang tidak munasabah pada saat membayar di kaunter.
Seorang warganet yang membuat temu janji untuk makan pasta menjadi antara mangsa gara-gara tidak melihat harga sebelum membuat tempahan.
Wanita itu terkejut dengan harga tiga gelas teh ais manis yang dipesannya di restoran berkenaan.
Memetik TikTok @appleeevinegar, selepas makan di restoran ala Eropah, wanita itu berkongsi pengalaman mengejutkan yang dialaminya dengan menunjukkan gambar bil makanannya dan segelas teh ais manis dengan harga yang mengejutkan.
Pada bil berkenaan itu menunjukkan terdapat perkataan “3 teh ais biasa” yang bermaksud tiga gelas teh ais biasa tetapi jumlah harga yang perlu dibayar membuatkan sesiapa yang melihatnya terkejut.
Hal ini kerana, tiga gelas teh ais ditetapkan dengan harga RM134.88 dengan tidak termasuk yuran perkhidmatan dan cukai restoran.
Menurut maklumat yang diterima, restoran itu terletak di Jakarta Selatan dan sememangnya terkenal dengan harga teh ais yang terlalu mahal.
Malah jika dikira, segelas teh ais yang diletakkan RM44.96 lebih mahal daripada menu utama berupa spageti yang hanya berharga RM35.97 sahaja.
Pada awalnya, warganet itu beranggapan bahawa teh ais yang datang akan dihidangkan dalam saiz yang besar kerana harganya yang mahal.
“Saya mulanya ingatkan saiz teh ais yang dipesan sebesar tong,” tulis pemilik akaun itu menjawab harga menu teh ais yang dipesannya.
Berkongsi kejadian itu menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya, ia telah ditonton lebih 330 ribu kali dan ramai warganet meluahkan rasa terkejut selepas melihat gambar bil makanan yang dilampirkan pada video tersebut.
Turut baca
Leave a Reply