{VIDEO} Terjejas musibah banjir, KPDN gerakkan bantuan foodbank secara berperingkat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya sudah menggerakkan bantuan makanan yang sedia dimasak kepada mangsa-mangsa banjir secara berperingkat.

Atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat, KPDN telah mengumumkan penyaluran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa dan petugas yang terjejas dengan musibah banjir yang sedang melanda di beberapa kawasan dalam negara kita.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Foodbank Malaysia dan semua rakan strategik akan menggerakkan bantuan makanan sedia dimakan dan barang keperluan lain kepada mangsa bencana banjir dan wartawan yang terlibat di negeri-negeri yang terbabit secara berperingkat sebagai tanggungjawab bersama dalam meringankan beban mereka.

Ayuh rakyat Malaysia, jangan pernah berhenti kita doakan keselamatan buat keluarga dan rakan-rakan kita. Semoga dipermudahkan urusan buat semua.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*