{VIDEO} Tengok Thalita nangis, tengok kereta sendiri ditarik DBKL lagi kuat nangis

Beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan di Bukit Bintang dipercayai untuk menyaksikan persembahan Thalita, anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib telah ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Menerusi rakaman yang dikongsi oleh @baimarifin_ di TikTok, kelihatan beberapa lori tunda milik DBKL beratur untuk mengangkut kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut, yang dipenuhi orang ramai yang ingin melihat nyanyian Thalita.

Pada saat ke-17 video itu, sebuah Suzuki Swift berwarna biru dirakam sedang ditarik oleh lori tunda, diikuti sebuah Perodua Axia berwarna kelabu perak tidak lama kemudian.

Hantaran ini menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ramai yang bersimpati terhadap pemilik kereta.

“Nangis tengok Thalita, balik nangis tengok kereta pula,’ ujar Muhd Faizal.

“Ingatkan meraka dah sedih tengok Thalita, rupanya ending (pengakhiran) mereka lagi sedih,” usik Yin.

“Double (dua kali) nangis tau. Tengok Thalita nangis, tengok kereta sendiri nangis lagi. Tengok diri sendiri pun rasa nak nangis,” kata Waniey.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*