{VIDEO} “Tengok salah, tak tengok rugi…” Kru syarikat pesawat pakai tudung, kain terbelah undang kecaman warganet

“Tengok dosa, tak tengok rugi…” Kru syarikat pesawat pakai tudung, kain terbelah undang kecaman warganet.

Pakaian ketat seorang pramugari dari sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara mengundang perhatian ramai susulan imej bertudung yang digayakan didakwa menghina agama Islam.

Dalam satu video tular berdurasi sembilan saat di Twitter itu memaparkan kru wanita berkenaan sedang membuka pintu pesawat tersebut yang dipercayai sudah tiba ke detinasi dituju.

Namun, pakaian rasmi bagi kru syarikat terbabit dikatakan tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung kerana terlampau ketat dan mencolok mata.

Dalam pada itu, perkongsian itu terlebih dahulu dipercayai dimuat naik oleh wanita tersebut di laman media sosial peribadinya sebelum mula dihujani kritikan ramai.

Turut baca :

{VIDEO} Suami senyap-senyap rakam perangai ‘isteri dari neraka’, rupanya ini berlaku

Di ruangan komen, rata-rata warganet mendesak agar syarikat penerbangan berkenaan menjalankan siasatan terhadap individu wanita tersebut dan segera mengkaji semula etika pemakaian yang selaras dengan ajaran Islam.

“Ini satu penghinaan kepada Islam, pakaian macam ini langsung tak beretika dan memalukan bagi kaum wanita yang bertudung,” kata Azmeen Ghazz.

“Kalau ya pun jangan la pakai kain yang terbelah tinggi macam itu, ataupun pakai seluar sarung di dalam tak ada la seksi sangat macam itu,” ujar tashaa1.

“Syarikat penerbangan pun takkan la buat pakaian macam ini untuk kru, langsung tak sesuai dengan imej bertudung, kalau penerbangan ke tanah suci macam ini juga ke pakaiannya,” jelas Rohayalaudia.

“Tak ada inisiatif sendiri ke nak pakai seluar di bahagian dalam, ini memang sengaja nak menunjuk seksi, syarikat kena pantau kru mereka dan kenakan tindakan segera,” tambah Farid Husin.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan hal itu dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*