Sebuah lori sampah mencetuskan kebimbangan apabila membawa muatan sampah yang ditindan terlalu tinggi sehingga kelihatan seperti ‘gunung bergerak’ di lebuh raya.
Menerusi hantaran @Myviewcaptured, lori tanpa nombor plat itu dirakam meluncur di lebuh raya dengan muatan plastik hitam bertingkat yang melebihi ketinggian badan kenderaan berat tersebut.
Situasi itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang bimbang risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya lain sekiranya muatan berlebihan tersebut jatuh di atas jalan sehingga menyebabkan kemalangan.
“Pernah tengok situasi macam ini di kat Shah Alam. Mereka asingkan mana yang boleh jual atau tidak sebelum memasukkan sampah di dalam plastik hitam, lambung atas tong. Kalau dah macam ini, boleh bahaya kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta,” ujar @Erwanjoe.
“Hari-hari lori penuh muatan macam ini lalu kawasan Puchong LDP. Kadang-kadang aku bawa motosikal, duduk jauh sebab tinggi gila mereka tindan macam nak buat KL Tower,” kata @Chef_fisdio.
“Tengok pun dah seram dan tak selamat,” komen @Bckupacc99.
Baca juga :
Leave a Reply