{VIDEO} “Taubatlah! Individu kongsi suasana ketika dikebumikan dalam kubur buat ramai insaf

Sesiapa saja yang hidup di muka bumi ini pasti akan kembali ke rahmatullah

Sesiapa pun akan takut dan gerun dengan alam kematian. Sebab itu, Islam menyarankan supaya umatnya untuk patuh ajaran dan sentiasa membuat amal soleh.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki cuba untuk masuk ke dalam liang lahad.

Ramai insaf masa tengok video dia masukkan badan dalam liang lahad

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu baring dalam tanah liang lahad yang digali. Semasa dia baring, kepalanya mengadap ke atas langit.

Turut baca :

Perkara itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai tentang keadaan dan situasi selepas kematian.

“View nampak langit pun dah rasa bergetar hati kita. Imagine bila dah tambus gelap. Malaikat datang. Kalau fikir bab mati ni, tak berbaloi untuk kita jadi jahat, sombong. Kadangkala kita jadi angkuh sebab kita lupa kita ni belum mati lagi.” tulis salah seorang netizen.

Rata-rata netizen juga turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*