{VIDEO} ‘Tarik tali ke lepas tali ni?’ Gelagat pelajar UITM ‘diseret’ ketika bertanding buat pengguna media sosial terhibur

Gelagat seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) ‘diseret’ oleh pihak lawan ketika bertanding dalam acara tarik tali menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran oleh Irshraf di TikTok, lelaki itu merupakan orang terakhir yang diikat dengan tali di sekeliling pinggangnya.

Beberapa saat terawal, dia kelihatan menarik tali dengan semua kudratnya bersama beberapa orang pelajar yang lain sebelum mereka ditarik dengan kuat oleh pihak lawan.

Pelajar tersebut jatuh ke tanah dan dia kelihatan berputus asa dengan melepaskan tali di tangannya sambil diseret ke hadapan oleh pihak lawan.

Gelagatnya itu menghiburkan hati pengguna media sosial yang rata-rata tergelak apabila lelaki itu ‘pasrah’ dirinya diseret ibarat boneka tidak bernyawa.

“Terhibur aku. Akhir sekali dia pasrah je kena tarik, yang gelak ni pun tak tenang,” ujar Izue.

“Tak baik gelak tapi tergelak juga,” tulis Mieza.

“Tarik tali ke lepas tali ni?,” komen Bill.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*