{VIDEO} “Takut kantoi…” Singgah kedai ‘air buah viral’, pemilik kereta tutup plat guna tuala

Selepas diserbu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu, kedai makan yang dikatakan kerap dikunjungi ‘rider’ lelaki nampaknya kembali beroperasi seperti biasa.

Menurut seorang pengguna TikTok, wanita yang dikatakan menjadi penarik utama kedai berkenaan telah menjadi tukang masak dan kesemua pelayan digantikan dengan lelaki.

Bagaimanapun, dalam video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Karlamelacabello pula memaparkan sebuah kereta dipercayai milik kenderaan menjadi perhatian ramai.

Dalam video tersebut dapat dilihat kereta jenama Proton Pesona berwarna putih itu telah menutup nombor pendaftaran kenderaan tersebut dengan menggunakan tuala.

Karlamelacabello turut berseloroh bahawa pemilik kenderaan tersebut melakukan itu kerana bimbang sekiranya terkantoi dengan pasangan.

Rata-rata warganet seakan saling berkerjasama meninggalkan pesan buat kaum isteri. Bahkan, mereka juga berharap agar pasangan mereka tidak melakukan taktik yang sama.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*