Baru-baru ini, tular sebuah rakaman menyaksikan kemalangan melibatkan sebuah motosikal milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang anggota polis turut berada sebelum kejadian yang mana ketika itu sedang mengawal trafik di lampu isyarat.
Menurut Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim, anggota polis trafik terlibat telah ditugaskan untuk mengiiringi kenderaan Toyota Alphard berkenaan dari arah Bukit Besar.
“Mereka mengawal aliran trafik bagi memberi laluan kenderaan yang diiring (Toyota Alphard) meneruskan perjalanan ke Jalan Tengku Mizan di sini.
Turut baca :
- {VIDEO} “Tak hirau bunyi hon…” Pemandu Myvi keras kepala berhenti tepi sesuka hati buat ramai tertekan
- {VIDEO} “Mereka dahagakan kemudahan awam…” Anak-anak orang Asli berebut tolong pekerja angkat simen
Sementara itu, dua buah motosikal Bomba yang datang dari arah Jalan Kemajuan pula beranggapan polis trafik itu memberi laluan kepada mereka, rupanya sedang ditugaskan untuk mengiiringi Alphard tersebut sekaligus menyebabkan berlakunya pertembungan.
“Pada masa sama, dua buah motosikal JBPM tiba dari arah Jalan Kemajuan telah meneruskan perjalanan kerana menyangkakan kawalan trafik di persimpangan lampu isyarat itu bertujuan memberi laluan kepada mereka,”
Dalam kejadian itu pada jam 2.30 petang itu, anggota terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Leave a Reply