{VIDEO} “Tak tau apa salah saya…” Peniaga kesal dihalau tanpa alasan oleh pihak IPT

“Tak tau apa salah saya…” Peniaga kesal dihalau tanpa alasan oleh pihak IPT

Seorang peniaga meluahkan rasa kesalnya apabila dia dihalau daripada berniaga di sebuah institut pendidikan tinggi awam (IPTA) yang berlokasi di Segamat, Johor baru-baru ini.

Individu yang hanya dikenali sebagai Najmudin Shukor itu melalui akaun Tik Tok peribadinya berkongsikan pengalaman tersebut pada Khamis.

“Terima kasih **** Segamat untuk peristiwa ini. Terima kasih juga beri peluang saya meniaga sebulan lebih.

“Saya tak tahu pihak atasan yang mana terminate (tamatkan kontrak) saya, cuma saya berharap agar semua ini takkan berlaku pada alumni yang lain. Cukup saya seorang sahaja jadi mangsa. Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya.

Dalam rakaman video tersebut, Najmuddin turut menunjukkan hari terakhir dia mengemas tapak perniagaan yang berlokasi dalam IPTA berkenaan.

Menurutnya, dia mula berniaga di tapak yang disediakan pada 20 November tahun lalu.

“Saya mula berniaga pada 20 November dan secara tiba-tiba pihak IPTA menamatkan kontrak sebulan selepas itu.

“Ini adalah satu penganiayaan kepada saya kerana ini bukan salah saya.

“Saya merupakan alumini dan diberi peluang untuk berniaga di sini dan secara tiba-tiba pihak atasan tak bagi berniaga,” luahnya.

Najmuddin turut meluahkan perasaan kecewa dengan keputusan IPTA itu.

“Saya menjadi mangsa keadaan dan saya sendiri telah mengeluarkan modal yang banyak untuk perniagaan ini.

“Saya agak terkilan dan kecewa kerana tempoh yang diberikan hanya seminggu sahaja.

“Pada masa saya, perniagaan saya ditamatkan tanpa sebarang alasan yang kukuh sedangkan saya sudah isi borang dan mengikut prosedur yang betul,” katanya dengan nada kecewa.

Difahamkan, alumini IPTA itu menjalankan perniagaan dengan menjual makanan dan air minuman di tapak tersebut.

Pada masa sama, untuk menanggung kos kerugiannya, Najmuddin terpaksa menjual peralatan perniagaannya kepada orang ramai.

Dia juga terpaksa memberhentikan empat orang pekerjanya ekoran daripada penamatan kontrak perniagaan tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*