{VIDEO} “Tak tahan dicurangi… Bapa menangis lihat video Intan Nabila dibelasah suami, anak masih bayi pun ditendang

Pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila tidak pernah sendirian selepas melalui episod keganasan rumah tangga dipercayai dipukul oleh suaminya sendiri, Armor Toreador.

Selain sahabat yang sentiasa menemaninya dan anak-anak, terbaharu, bapanya juga tiba dari Acheh untuk bertemu dengan Cut Intan, seperti dilaporkan Detik.com.

Momen sedih pertemuan itu dirakamkan oleh Wardah Maulina dan Shella Sauki.

Dalam pertemuan itu, Cut Intan dilihat menangis dan terus memeluk bapanya hingga sahabat yang turut berada di lokasi sama turut sama mengalirkan air mata.

Wardah Maulina, isteri penyanyi Natta Reza sempat mencoretkan rasa sakit ketika mendengar tangisan teresak-esak Cut Intan.

“Akhirnya @cut.intannabila jumpa Ayah dari Aceh. Sakitnya nyampe ke ulu hati. Hati Ayah mana yang ga luka anak perempuannya disakiti oleh laki2 yang sudah dipercaya untuk menjaganya dengan baik,” tulis Wardah Maulina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WARDAH (@wardahmaulina_)

Begitu juga dengan usahawan dan influencer, Shella Sauki yang turut merasakan kesedihan keluarga itu.

“Alhamdulillah @cut.intannabila sudah bertemu Ayah nya… hati ayah mana yg gak hancur melihat anak nya di perlakukan begini,” tulis Shella.

Sehingga kini, Armor masih ditahan di ibu pejabat Polis Bogor. Armor yang juga seorang usahawan mengaku pernah melakukan kekerasan melebihi lima kali terhadap isterinya sejak tahun 2020.

Untuk rekod Intan dan Armor memiliki tiga orang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga sejak 2020.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*