{VIDEO} Tak sampai hati tengok beratur dalam hujan, lelaki beri kerusi pada wanita mengandung raih pujian

Wanita hamil merupakan golongan yang harus diberi perhatian lebih terutamanya bila berada di tempat awam

Hal ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan dan tenaga yang banyak untuk membuat kerja berat dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki bersikap prihatin terhadap wanita hamil yang beratur dalam keadaan hujan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @taufikzulbakri, kelihatan wanita itu sedang beratur membeli makanan di sebuah festival ketika hujan.

Difahamkan, wanita tersebut sedang menunggu suaminya membawa payung. Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki dipercayai peniaga di kedai seberang tiba-tiba datang memberikan kerusi kepada wanita yang sarat mengandung itu untuk dia duduk.

Turut baca :

Tindakan murninya itu ternyata meraih pujian ramai. Menurutnya, merakam sesuatu kebaikan adalah lebih baik daripada merakam kejahatan.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.5M views, 82.6K likes dan 612 perkongsian di laman TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki berkenaan.

Malah, ramai wanita yang pernah mengandung berkata hanya mereka saja yang faham perasaan apabila diberi pertolongan seperti itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*