{VIDEO} “Tak puas hati makan 2 sudu dah habis…” Nasi lemak mini jadi bualan

“Tak puas hati makan 2 sudu dah habis…” Nasi lemak mini jadi bualan.  Melihat kenaikan harga barangan ketika ini, rasanya tidak wajar lagi untuk kita sebagai pengguna atau pembeli merungut atau memberontak apabila peniaga makanan di luar sana turut menaikkan harga produk mereka.

Namun, lain pula ceritanya jika perubahan harga yang berlaku dilihat agak keterlaluan dan aduan juga boleh dibuat bagi melaporkan perkara itu.

Berkongsi kisahnya, dia bernama Fauzi Fiqah ada memuat naik sebuah video menyaksikan saiz sebungkus nasi lemak berharga RM1 yang sangat kecil.

 

Melihat pula isi di dalam bungkusan itu, nasi lemak yang dibeli bagaimanapun dilengkapi dengan sambal, telur dibelah 4 dan beberapa ekor ikan bilis.

Tulisnya, saiz hidangan itu hanya boleh dimakan sebanyak dua sudu sahaja kerana terlalu mini dan boleh dikatakan tidak pernah lagi jumpa peniaga menjual nasi lemak sebegitu.

Hal itu sekaligus membuatkan netizen menyelar luahan lelaki terbabit kerana terlalu cerewet dan banyak ‘bunyi’ sehingga ada yang meminta dia masak sendiri.

Dalam waktu sama, mereka juga bersimpati dengan nasib peniaga nasi lemak itu dan meminta agar orang ramai tidak mengecamnya.

Melihat perkongsian itu, dapat kita simpulkan betapa peniaga juga terkesan dengan peningkatan harga barangan di pasaran.

Tak salah untuk berkira-kira kerana hanya mereka lebih tahu betapa susahnya ingin terus bertahan dalam dunia perniagaan di zaman serba mahal ini dan sebagai pembeli juga anda ada hak untuk membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing.

 

"Tak puas hati makan 2 sudu dah habis..." Nasi lemak mini jadi bualan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*