SEORANG penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) bertindak di luar kawalan apabila menengking anggota pihak berkuasa yang datang menuntut bayaran tertunggak sewa kediamannya.
Menerusi satu video tular di laman X pada Rabu, wanita terbabit dilihat berang dengan kehadiran pihak berkuasa malah turut meninggikan suara sewaktu perbincangan sedang berlaku.
Penat-penat jual slogan “tolongla Melayu”, kena plot twist dengan penguatkuasa. Malu wei!
😂😂😂 pic.twitter.com/X3fWbRu5du— KroniRakyat (@KroniRakyat) June 12, 2024
“Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Warga asing yang sibuk berniaga tepi jalan, tiada permit tak ada pula nak pergi kacau. Pergi la kacau sana.
“Tak payah ‘semak’ la. Sudah itu datang sini buat apa? Saya tengah susah, suami saya sakit, itu pun tak boleh faham ke,” katanya.
Jelas pihak berkuasa terbabit, pelaku cuba diterangkan mengenai skim bayaran ansurans namun ditengking sebaik penjelasan dibuat.
“Puan Hidayah, dengar dahulu penjelasan saya, kita datang sini nak bantu puan. Puan punya sewa hanya RM124 sahaja sebulan,” kata anggota pihak berkuasa itu.
“Memang lah, saya tahu. Tetapi saya tengah susah. Jangan kata RM124, RM50 pun saya tak ada dalam akaun sekarang,” balas penghuni wanita terbabit.
Memainkan sentimen perkauman ketika kejadian, rata-rata warganet mengecam perbuatan wanita itu yang disifatkan tidak bersikap adil kepada pihak berkuasa terbabit.
Namun, tiada kecederaan difahamkan berlaku dalam insiden tersebut dan belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut.
Turut baca :
- {VIDEO} “Satu lagi kes referee kena tibai… Gara-gara lawan dapat penalti, pemain tampar muka pengadil lepas kena kad kuning
- “Kesan lebam dan calar di belakang, telinga dan pipi… Bapa kesal polis lewat siasat dakwaan anak didera guru
- “Bukan nak pertahankan polis tapi… Peronda polis ‘sondol’ bas parkir tepi jalan cetus perbalahan warga maya
Leave a Reply