{VIDEO} “Tak nak cakap apa-apa…” Cuba ‘lari’ dari soalan media, netizen anggap peguam Najib ‘koyak’

“Tak nak cakap apa-apa…” Cuba ‘lari’ dari soalan media, netizen anggap peguam Najib ‘koyak’.  Umum sedia tahu bahawa Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Tidak dengan itu, Najib sekali lagi dipanggil ke mahkamah hari ini berhubung kes penyelewengan dana 1MDB pula.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang baru sahaja tiba di perkarangan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan semasa kes anak guamnya.

Menerusi video dimuat naik Kosmo, Shafee sebaliknya memilih untuk mengunci mulut dan hanya memaklumkan kepada pihak media bahawa pihaknya enggan berkongsi sebarang maklumat.

Itu kerana setelah dia mendapati ada dari kalangan media cuba memutar belit kenyataan berhubung kes perbicaraan Najib Razak.

Susulan tindakannya, warganet beranggapan Shafee ‘koyak’ dengan kes yang sedang berjalan ketika ini sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, kelihatan dia terus bergegas meninggalkan orang ramai.

"Tak nak cakap apa-apa..." Cuba 'lari' dari soalan media, netizen anggap peguam Najib 'koyak'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*