“Tak guna kau kahwin kengan ‘Mat Rempit’…” Isteri dedah kisah sebenar. Sebelum ini, dia sering menerima kata-kata negatif hanya kerana membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki digelar ‘mat rempit’.
Kata Amylia, 25, dia mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhammad Su’ud Agus Roslan, 25, pada 8 tahun lalu ketika baru di Tingkatan Empat.
Namun, kata wanita mesra disapa Mimie ini meskipun bernikah terlalu awal namun suaminya mampu menjaga kebajikannya dan keluarga dengan baik.
Mereka kenal sejak Darjah Enam dan ketika berusia 13 tahun suaminya gemar ‘bermain’ motosikal dan menjadi mat rempit sehingga habis sekolah.
Agus (suami) memang remaja nakal sebab bertindik dan siap warnakan rambut. Disebabkan selalu berada dalam satu kelas, kami makin rapat sampai jadi cinta monyet.”
Keluarga kemudian putuskan untuk menyatukan mereka berdua kerana sering kemana-mana berdua tetapi hanya nikah gantung sebab perlu habiskan SPM.
Selepas bergelar suami, Mimie akui Agus makin berubah sikap ke arah yang lebih baik, menjaga solat dan aurat serta mengaji.
Ujar Mimie, meskipun berkahwin awal tetapi suaminya matang dan tidak melupakan tanggungjawabnya. Selepas tamat sekolah, dia terus bekerja dan kumpul duit membeli kereta jenama Honda.
Dia sediakan rumah selesa, kereta, barang kemas dan iPhone yang terbaru. Nafkah pun dia beri untuk saya.”
Perkongsian Mimie meraih perhatian ramai warganet selepas dimuat naik di TikTok sehingga mendapat kebih 358,000 tontonan.
Sesetengah berkata bukan semua mat rempit buruk perangai dan hobi ‘main’ motosikal itu bukanlah satu perkara tidak elok.
Ramai yang menyatakan ‘respect’ mereka terhadap suami Mimie kerana menjaga isteri, anak dan keluarga dengan baik meskipun menggalas tanggungjawab itu pada usia muda.
Leave a Reply