{VIDEO} Syok layan angin atas motor, lelaki jadi ‘tak keruan’ dapat tahu aksi dirakam polis

Syok layan angin atas motor, lelaki jadi ‘tak keruan’ dapat tahu aksi dirakam polis.  Bagi penggemar motor, mereka pasti tahu betapa seronoknya dapat menikmati suasana lebuhraya walaupun adakalanya perbuatan atau gelagat mereka membuatkan orang lain rasa menjengkelkan.

Bukan setakat bunyi ekzos, aksi mereka yang suka mencelah, buat wikang dan ‘fly’ sesuka hati juga membuat pengguna lebuhraya yang lain rasa tidak selesa.

Begitulah juga yang cuba dilakukan oleh lelaki ini, yang mana videonya telahpun tular di setiap platform media sosial.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, menyaksikan gelagatnya dengan selamba membuat ‘fly’ di laluan sebelah kiri.

Melihat keadaan jalan ketika itu sunyi dan tidak banyak kenderaan mungkin membuatkan dia berasa selamat, namun lain pula terjadi apabila aksinya itu mencuri perhatian seorang anggota polis.

Selepas menyedari aksinya dirakam, lelaki itu menggelupur membetulkan semula cara pemanduannya dan berlalu pergi meninggalkan anggota terbabit.

Bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur dan mahu atau tidak, dia perlu menanggung risikonya tidak lama lagi susulan surat saman yang akan diterima.

Dalam waktu sama, dia juga menjadi bahan tawa netizen bilamana rata-ratanya terhibur melihat gelagatnya yang terlalu menikmati ‘angin’ lebuhraya sehingga tidak hirau hal sekeliling.

Syok layan angin atas motor, lelaki jadi 'tak keruan' dapat tahu aksi dirakam polis

Syok layan angin atas motor, lelaki jadi 'tak keruan' dapat tahu aksi dirakam polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*