{VIDEO} Suspek pernah didakwa kes rogol… Budak 10 tahun dirotan penjaga rumah anak yatim

SEORANG lelaki yang ditahan pada 30 November kerana didakwa merogol seorang gadis bawah umur dikenal pasti sebagai individu sama dilihat merotan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dalam satu video tular.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis menerima laporan membabitkan penjaga rumah anak yatim berusia 59 tahun itu pada Khamis.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah anak yatim swasta di Taman Mas (Kulai, Johor), di mana lelaki itu merupakan penjaga.

“Gadis yang dilihat dirotan dalam video itu juga merupakan penghuni rumah anak yatim itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Seng Lee menambah, kejadian itu dipercayai berlaku pada Oktober lalu.

Sebelum ini, video lelaki berkenaan merotan seorang gadis dengan menggunakan pembaris kayu panjang tular di media sosial.

Dalam video berdurasi satu minit terbabit, gadis terbabit turut dilihat merayu kepada lelaki terbabit untuk berhenti.

Sebelum ini polis dilaporkan menahan seorang lelaki tempatan pada 30 November lalu kerana didakwa merogol salah seorang penghuni rumah anak yatim yang sama dan masih dalam tahanan reman sehingga Selasa.

Dia dipercayai merogol mangsa yang kini berusia 17 tahun ketika berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*