{VIDEO} “Sudah habis air mata nak menangis… ‘Dalam 7 beradik, Nidza yang paling baik, dia jaga ibu’

“Sudah habis air mata nak menangis… ‘Dalam 7 beradik, Nidza yang paling baik, dia jaga ibu’

Itu respons penyanyi, Aufahanie apabila berkongsi perasaan selepas mendapat khabar duka mengenai pemergian abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui berhampiran Jambatan Sungai Klang, Klang hari ini.

Menurut Aufa yang ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, dia terus bergegas ke Sungai Klang selepas diberitahu tentang penemuan mayat abangnya.

“Saya terima berita tentang penemuan mayat arwah abang sekitar pukul 7.45 malam tadi dan terus bergegas ke Sungai Klang.

“Jenazah abang ditemui orang awam dan mereka maklumkan kepada pihak polis sebelum beritahu kepada ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Hilang kata-kata untuk berkongsi perasaannya ketika ini, Aufahanie memberitahu dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Allahyarham.

“Saya memang sangat rapat dengan dia. Sejak semalam lagi saya tak tidur, makan pun belum.

“Dalam tujuh beradik, saya nombor enam dan dia anak kelima. Kami berdua memang kawan baik,” ujarnya.

Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau perilaku pelik sebelum meninggal dunia.

“Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik, dialah yang paling baik.

Turut baca :

“Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.

“Keluarga akan berbincang sama ada untuk meneruskan bedah siasat sekiranya ada unsur jenayah. Kasihan kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat,” ujarnya lagi.

Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini semalam.

Pengesahan itu dibuat menerusi jersi yang dipakai ketika mayat itu ditemui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*