{VIDEO} Suasana pilu selubungi masjid, anak bongsu Adilah dipapah untuk cium jenazah ibu buat kali terakhir

Jenazah Hasnatul Adilah Hassan, 48, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang maut dalam nahas bas di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air di sini, pada pukul 8.50 malam tadi.

Lebih 300 ahli keluarga serta kenalan hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan termasuk anak bongsunya, Muhammad Farouq Saifullizan, 12, yang turut terlibat dalam nahas terbabit dan mengalami kecederaan.

Terdahulu, solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh anak keempat Allahyarhamah, Muzaffar Shah, 19, di Masjid Al Muhtadi Ramuan China Besar.

Muhammad Farouq kemudian dilihat dipapah masuk ke dewan solat oleh ahli keluarga untuk memberikan ciuman terakhir kepada ibunya.

Suasana pilu terus menyelubungi masjid apabila anak bongsu daripada lima beradik itu tidak dapat mengawal kesedihannya.

{VIDEO} Suasana pilu selubungi masjid, anak bongsu Adilah dipapah untuk cium jenazah ibu buat kali terakhir
MUHAMMAD Farouq menyiram air di kubur ibunya di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air, Alor Gajah, Melaka.

Kosmo! hari ini melaporkan sebuah bas ekspres yang membawa 39 orang penumpang terdiri daripada guru SK Jeram dan ahli keluarga mereka terbabas ke lereng bukit selepas merempuh sebuah lori treler di KM126 Jalan Kuantan – Segamat.

Dalam nahas kira-kira pukul 1 pagi itu, Hasnatul dan seorang lagi guru Hamzah Ahmad, 60, dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*