{VIDEO} “Sorok telefon belakang tabung…” Lelaki kantoikan wanita minta sedekah tengah ‘spin’ Jackpots

“Sorok telefon belakang tabung…” Lelaki kantoikan wanita minta sedekah tengah ‘spin’ Jackpots. Melihat peminta sedekah yang berada di laluan kaki lima atau di pasar membuatkan hati kita tersentuh.

Namun begitu, jangan tak percaya mereka juga boleh melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura sakit atau cacat demi mendapatkan perhatian orang ramai.

Pun begitu, berbeza pula dengan kisah yang yang dikongsi oleh CEO Cendol Tapai berkenaan gelagat peminta sedekah yang ditemuinya.

Dalam sorotan itu, kelihatan seorang wanita bertudung sedang duduk di hadapan sebuah kedai dan dia leka bermain telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, cubaannya menyorokan telefon bimbit di belakang tabung menemui kegagalan apabila pemuda ini diam-diam merakam gelagatnya dari arah belakang.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit juga menjadi bahan tawa warganet bilamana rata-ratanya sakan menyindir dan berseloroh mengatakan dia bijak cari duit lebih.

Namun begitu, menurut sebilangan sumber mengatakan video tular adalah video lama, malah wanita berkenaan juga telah dikenakan tindakan atas perbuatannya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*