Tindakan seorang lelaki menampar wanita di pintu masuk sebuah pusat beli-belah mengundang kecaman hebat dalam kalangan pengguna media sosial.
Insiden itu dipercayai dirakam melalui siaran langsung TikTok oleh pengguna bernama Cool_Wannabe82 memaparkan lelaki terbabit memimpin tangan kanak-kanak perempuan sebelum bertindak kasar terhadap wanita berkenaan.
“Itu suami dia ke? Kalau betul sekali pun, janganlah buat macam tu depan orang ramai. Kasihan,” kata seorang pengguna menerusi kapsyen video berkenaan.
Video yang tular tersebut mengundang reaksi orang ramai termasuk ada yang bersimpati dan marah dengan tindakan lelaki berkenaan.
“Allahu kasihannya! Bayangkan di tempat awam pun berani buat begitu, di rumah entah macam mana pula. Harap pihak berwajib ambil tindakan!” cadang RemyApon.
“Sila cari lelaki tersebut kerana melakukan keganasan terhadap wanita di khalayak ramai,” ujar Mr Oli.
“Allahurabbi. Semoga diangkat darjat akak itu,” kata Papaoyen.
Itu laki dia ke? Kot yer pun jangn la buat macam tu dpn org ramai…..kesian …. pic.twitter.com/kCTuAJyaQK
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) January 26, 2025
Baca juga :
Leave a Reply