{VIDEO} “Siapa pun sakit hati…” Anak meraung tertonggeng celah katil, bapa selamba main ‘game’

“Siapa pun sakit hati…” Anak meraung tertonggeng celah katil, bapa selamba main ‘game’.  Tak dinafikan, permainan video atas talian kini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira peringkat umur dan jantina. Malah, ada dalam kalangan mereka seperti sudah ‘ketagih’ dan ‘taksub’ dengan permainan video hingga tidak hirau dengan keadaan sekeliling mereka.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan para isteri meluahkan rasa sedih kerana merasa diabaikan oleh pasangan masing-masing.

"Siapa pun sakit hati..." Anak meraung tertonggeng celah katil, bapa selamba main ‘game’

Baru-baru ini, seorang individu ada berkongsi satu video memaparkan momen seorang anak kecil menangis saat terjatuh di celah katil sehingga berada dalam keadaan tertonggeng kepala di bawah. Lebih mengejutkan apabila si suami yang berada di situ langsung tidak menghiraukan keadaan anaknya meskipun dia mendengar tangisan kanak-kanak itu.

Dia sebaliknya meneruskan permainan video di telefon pintarnya. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan air mata wanita tersebut bergenang sewaktu mendukung anak kecilnya itu seperti menahan sebak dengan sikap endah tak endah suaminya.

Wanita mana yang tak sakit saat tengok anaknya jatuh dari tempat tidur sedangkan di sampingnya ada si ayah yang asyik main game.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen kebanyakan netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan si kecil. Bukan itu sahaja, mereka turut meluahkan rasa marah dengan tindakan si bapa yang pentingkan diri sendiri selain tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*