{VIDEO} “Siap beranak pinak” Netizen ngeri tengok ular ‘berkampung’ dalam penghawa dingin

Umum mengetahui keadaan cuaca sekarang yang sangat panas boleh menyebabkan haiwan reptilia mula untuk keluar daripada sarang mereka untuk mencari tempat yang lebih sejuk.

Ular yang kebiasaannya hidup di kawasan hutan atau semak samun akan keluar daripada habitatnya untuk mencari tempat yang lebih sesuai. Macam kes terbaru ni..

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang menemukan beberapa ekor ular di dalam penyaman udara di sebuah rumah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah anggota wanita APM itu menemukan bukan seekor tapi enam ekor ular yang dipercayai sudah bersarang di bahagian dalam aircond di dalam rumah tersebut.

Video itu menjadi tular selepas meraih lebih 400,000 jumlah tontonan dalam masa 2 hari ia dimuat naik ke TikTok dan kejadian dipercayai berlaku di Langkawi, Kedah.

Sehubungan dengan itu, pihak APM turut mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan peka dengan kehadiran haiwan ini terutamanya pada musim panas seperti sekarang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*