{VIDEO} Siap baling kerusi, helmet – Geng bikers bikin kecoh di Desaru tarik perhatian warga maya

TINDAKAN sekumpulan lelaki dipercayai bergaduh di Desaru International Bike Week 2023 pada Sabtu menarik perhatian warga maya baru-baru ini.

Manakan tidak, melalui beberapa video tular yang dimuat di media sosial, kelihatan beberapa pengunjung program dipercayai membabitkan sekumpulan pemilik motosikal berkuasa besar bertindak ganas.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu di Desaru, Johor.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, pergaduhan tersebut melibatkan beberapa geng bikers Hells Angels dari Indonesia dan warga tempatan. Ia berdasarkan jaket dengan logo Hells Angels yang dikenakan sekumpulan lelaki terbabit.

Melalui rakaman video tersebut, beberapa orang lelaki kelihatan membuat provokasi dengan tumbuk menumbuk dan saling tendang menendang sesama sendiri.

Malah ada dalam kalangan mereka menjadikan bangku plastik dan topi keledar sebagai senjata dengan membaling objek tersebut ke arah satu sama lain.

Namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan itu berlaku.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun penganjur program tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*