{VIDEO} “Sepandai-pandai tupai…” Pura-pura mahu solat tahajud, lelaki hampir larikan RM500 dicekup

“Sepandai-pandai tupai…” Pura-pura mahu solat tahajud, lelaki hampir larikan RM500 dicekup.

Seorang lelaki didakwa mencuri wang tabung masjid berjaya ditangkap selepas perbuatan jenayahnya disedari dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Kelantan sekitar pukul 12 tengah malam Isnin.

Menurut ahli jawatankuasa masjid (AJK), Zulkifli Abdullah, suspek yang mengenakan jubah dan kopiah didakwa mengopak pintu masjid sebelum memulakan kegiatan tidak bermoralnya di Masjid Ar-Rahman Mukim Kubang Batang.

Pada awal kejadian, suspek dikatakan menggunakan peralatan seperti batang besi sebelum memasukkannya ke dalam lubang tabung masjid sebelum berjaya mengeluarkan beberapa keping duit kertas.

Suspek yang mendakwa dirinya hadir ke masjid bagi solat tahajud berjaya mengeluarkan hampir RM500 wang daripada tabung masjid sebelum tindakannya tertangkap oleh AJK masjid berkenaan.

AJK masjid berkenaan yang sempat melihat kejadian melaporkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Rakaman turut menunjukkan pihak polis yang datang ke tempat kejadian menggari suspek sebelum dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*