{VIDEO} “Semoga dimasukkan ke dalam syurgaNya” Imam berdepan sakaratul maut sebelum sempat baca doa qunut.
Jemaah di Masjid Al Ula, Kampung Baru, Balikpapan Barat, Kalimantan Timur, Indonesia digemparkan dengan berita kematian seorang imam masjid yang rebah ketika menunaikan solat Subuh pada Selasa.
Individu itu dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dalam posisi sujud dan terus tidak sedarkan diri selepas rebah ketika kejadian.
Tersentak dengan situasi tersebut, salah seorang jemaah di situ kemudiannya terus bangun dan mengambil alih tugasnya sebagai imam di barisan hadapan.
Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman media sejak Rabu.
Berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa dikenali sebagai Andi Syamsul Bahri dan merupakan pemilik sebuah premis Farmasi Arif Rahman di Balikpapan Barat.
Seorang warganet yang mengenali mangsa berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham.
“Sesungguhnya dia seorang yang baik, anak-anaknya juga telah hafal Al-Quran, semoga ALLAH menerima amalnya dan dimasukkan ke dalam syurgaNya,” katanya.
Untuk rekod, ini bukan kejadian kali pertama berlaku membabitkan kematian ketika menunaikan solat.
Pada Jun lalu, seorang khatib masjid, dikenali sebagai Muhammad Darso dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Uswatun Hasanah Jami Dusun Selogiri, Desa Ketapang, Kabupaten Banyuwangi, Indonesia.
Tokoh pendakwah itu kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran oleh orang ramai namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika kejadian.
Turut baca :
Leave a Reply