Ahli penguatkuasa agama di Malaysia dilihat sering berjaya mencekup pasangan yang mencurigakan melalui laporan orang awam yang diterima.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial TikTok satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ezzaty yang memaparkan bilik hotel dia dan suaminya yang diserang oleh penguatkuasa.
Menerusi video tersebut, Ezzaty dan suami telah menginap di sebuah hotel ketika bercuti di Cameron Highland namun tidak menyangka apabila pintu bilik mereka diketuk ketika pihak penguatkuasa menjalankan operasi.
Mujur, pasangan suami isteri itu membawa kad nikah mereka yang menjadi penyelamat dan bukti kukuh bahawa mereka merupakan pasangan yang sah.
Susulan kejadian, Ezzaty turut mengakui dia tidak boleh tidur malam akibat terkejut dengan situasi yang berlaku pada mereka buat pertama kali itu.
Rata-rata netizen telah memberikan pelbagai respon, ada yang menyarankan mereka untuk saman si pengadu yang membuat laporan kerana telah mengganggu privasi orang lain.
Turut baca
Leave a Reply