{VIDEO} “Selamba samun di siang buta… Geng berani mati rompak kedai emas di Plaza Metro Kajang

Tindakan beberapa penjenayah merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang, di sini, petang semalam, mencetuskan suasana hiruk-pikuk di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang semalam, semua suspek didakwa memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar dan jaket berlengan panjang.

Menerusi beberapa video tular di Facebook , tiga individu bertopeng bertindak memecahkan kaca kabinet paparan barang kemas dengan beberapa bilah kapak yang dibawa mereka.

Suspek terlibat dilihat hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk merompak premis berkenaan.

Turut baca :

Dalam perkongsian video lain, seorang lelaki didapati berlumuran darah sambil dibantu beberapa individu di tempat kejadian.

Sehubungan itu, pengesahan serta kenyataan lengkap dari Ibu Pejabat Daerah Kajang berhubung kejadian ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*