{VIDEO} Selain tendang, tumbuk pelajar turut dipaksa melutut, cium kaki

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan pembuli yang masih memakai pakaian seragam sekolah memaksa beberapa pelajar lain melutut dan mencium kaki mereka, lapor laman Berita Satu semalam.

Menerusi kejadian yang berlaku di Cianjur, wilayah Jawa Barat itu, kumpulan pembuli tersebut turut menendang kepala mangsa dan menumbuk mereka.

Susulan kejadian itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pacet berjaya menahan AJ, 21, yang menjadi dalang utama buli ganas itu dan enam lagi rakannya yang merupakan golongan bawah umur rata-rata berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Pacet, AKP Hilma Rawalasi berkata, kejadian bermula ketika sekumpulan mangsa buli itu mahu pergi ke Cipanas dengan menumpang sebuah trak.

Dalam perjalanan, trak yang dinaiki mangsa dihalang oleh kumpulan pembuli tersebut.

Akibat ketakutan, mangsa-mangsa segera keluar dari trak dan berlari ke Grand Apple Villa. Mereka kemudian dikepung sebelum dipukul oleh kumpulan pembuli itu.

Dalam utama kes itu, AJ mengakui motif serangan itu berunsurkan dendam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*