{VIDEO} Sebak! 6 maut dalam kemalangan dua kenderaan

Enam maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki lapan individu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21, yang meninggal dunia di lokasi kejadian serta kakaknya, Siti Nurzannah, 25, meninggal dunia di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini .

Turut maut di tempat kejadian ialah Mohd. Aidil Abdul Kadir, 23, Muhammad Zhafrah Noramin, 16 dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, selain itu, pemandu Perodua Myvi, Mohd. Sharizan Syafandi, 24, serta Nur Annalesha Rania Mohammad Arifin, 6, mengalami cedera parah dan dirawat di hospital sama.

“Kemalangan itu turut menyebabkan mangsa yang menaiki Honda Stream iaitu Zulkefly Zakariah, 54, dan isteri, Kamariah Yusoff, 46, serta anak mereka, Ariana Nur Batrisyah, 13, cedera parah.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dipandu oleh Mohd. Sharizan datang dari arah Kluang menuju ke Kahang sebelum dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Bahrain berkata, berpunca daripada kejadian itu, kereta Honda Stream yang dipandu oleh Zulkeflly yang datang dari arah bertentang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta Perodua Myvi berkenaan.

Katanya, akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi terbalik seterusnya jatuh ke kawasan lapang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*