TINDAKAN guru koperasi di sebuah sekolah yang menjual aneka makanan dan minuman mendatangkan ketidakpuasan hati seorang pengusaha kantin.
Rakaman berdurasi 43 saat yang dikongsikan di laman Facebook itu jelas menunjukkan guru terlibat bersama beberapa murid sekolah sibuk menguruskan ‘perniagaan’ mereka.
Antara makanan yang dijual termasuk spageti, roti john, bihun goreng, nasi lemak, ayam goreng, nasi ayam dan pelbagai lagi.
Difahamkan, situasi itu sebenarnya sudah beberapa kali terjadi di sekolah berkenaan.
“Saya diam bukannya saya tak ni (kisah), tapi saya malas nak (gaduh) dengan cikgu.
“Tapi cikgu buat juga lagi macam ni. Mereka (merujuk pelajar dan guru) ini semua buat ada suntikan (pengendali makanan) ke?” soalnya.
Menerusi video itu juga, kedengaran suara guru terlibat menjelaskan bahawa mereka menjual makanan itu pada hari sukan.
“Apa dia kak? Hari ini kan hari sukan,” jawapnya apabila disoal.
Bagaimanapun jawapan tersebut dinafikan pengusaha kantin berkenaan yang mendakwa dia melihat sendiri jualan itu dibuat setiap hari.
Pengusaha kantin itu kemudian memberitahu tentang kewujudan pekeliling yang menyatakan guru sekolah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada waktu persekolahan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar rakaman tersebut diambil.
Turut baca :
Leave a Reply