{VIDEO} Satu Malaysia kena ‘scam’, netizen kritik pengarah kreatif buat ‘content’ keterlaluan

STRATEGI pemasaran yang kreatif merupakan kunci kejayaan kepada sesebuah perniagaan.

Dengan kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi terkini, tidak hairanlah pemilik sesuatu produk sanggup melakukan konten yang dianggap keterlaluan dan ada kalanya tidak masuk akal, semata-mata untuk perniagaannya dikenali.

Sehingga ada antara mereka yang tidak kisah jika dikecam, asalkan produk laku ‘keras’.

Seperti yang didedahkan seorang individu menerusi satu video yang dikongsikan di laman X (Twitter) baru-baru ini, lelaki yang dikenali sebagai Izaq Yuzaini itu mengakui kebanyakan video yang tular di media sosial ketika ini bertujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu.

“Macam-macam video sebelum ini, benda itu tular sebab sebagai pengarah kreatif, aku faham algoritma TikTok dan Instagram.

“Aku buat servis anonymous marketing untuk jenama kecil atau besar,” katanya.

Selain itu katanya, terdapat juga beberapa selebriti yang pernah menggunakan khidmatnya untuk mempromosi jenama barangan mereka.

“Kemungkinan video tular yang kalian lihat hari ini mungkin daripada aku, tapi kalian tidak akan tahu tentang perkara itu, jadi hati-hati,” katanya.

Dia bagaimanapun turut memaklumkan pihaknya sudah menamatkan tawaran servis berkenaan untuk memberi fokus terhadap perniagaan motosikalnya.

Ini kerana baginya kini, mempromosi bisnes menggunakan saluran penyediaan kandungan seperti sebelum ini lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

“Jadi dari sini saya akan berhenti membuat konten (berunsur negatif), sebaliknya lebih kepada permotoran,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam pengakuan yang dibuat individu berkenaan, dengan menyifatkan pemasaran seperti itu lebih membawa kepada salah faham.

“Faham sebab konten, tapi tidak boleh ke lebih baik buat konten yang mendatang kebaikan? Tidak perlu pun skema atau stereotaip tetapi cuma kepada arah lebih baik.

“Apa tujuan kita nak ‘misleading’ informasi dan isi kandungan sesuatu benda hanya untuk membuat masyarakat ‘trigger’? soal @SSW12S.

Menurut @psikosong, pencipta kandungan yang membuat pemasaran dengan menghasilkan konten tidak berilmiah perlu dikurangkan.

“Baguslah dia berhenti. Pencipta kandungan yang buat pemasaran sampah (betul, memang laku, tapi sampah) ini kena kurangkan. Di TikTok memang kena puja orang macam ini. Kandungan sampah dan tunggang agama ini memang laku,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*