“Sangat keterlaluan…” Kemaskini kad, bank tetap suruh mak lumpuh datang untuk berurusan. Mengenangkan keadaan mak yang kini terlantar, tidak sampai hati rasanya seorang anak melihat wanita itu susah, namun apakan daya ada pula pihak yang dilihat tidak bersimpati dengan situasi tersebut.
Menerusi video yang dikongsi oleh Nur Hartini, menyaksikan detik bilamana dia terpaksa meminta bantuan ambulans St John untuk menghantar ibunya yang lumpuh seluruh badan ke bank.
Hal itu apabila dia dimaklumkan bahawa pihak bank tiada cara lain melainkan emaknya sendiri perlu hadir untuk urusan mengaktifkan semula kad bank miliknya yang hampir tamat tempoh.
Lebih membuat Hartini terkilan apabila pihak bank sesuka hati menyekat akaun bank milik maknya tanpa asbab munasabah.
Ketika ditanya tentang perkara itu, mereka minta dia berjumpa terus dengan pihak atasan.
Melihat perkongsian Hartini membuatkan warganet saling mempertikai pengurusan bank yang tergamak berbuat demikian.
Rata-ratanya beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak bank agak keterlaluan.
Leave a Reply