Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini melancarkan kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan dan Jualan Rahmah di Pasar Raya Econsave, Pandamaran, Klang hari ini yang akan menjimatkan perbelanjaan pengguna dari tiga hingga 30 peratus.
Seiring dengan pelancaran itu, seramai 30 penerima di sekitar Klang menerima bantuan bakul rahmah sebagai usaha kerajaan meringankan beban golongan B40.
Salahuddin berkata, beliau menyambut baik penyertaan Econsave dalam menjayakan jualan rahmah yang dapat dimanfaatkan mereka yang terdiri dari miskin tegar.
Beliau berkata bahawa sokongan yang diterima ini ibarat cahaya di hujung terowong kerana akhirnya program ini berjaya digerakkan selain dari program bakul rahmah. Program bakul rahmah melibatkan pemberian 12 bahan asas kepada isi rumah B40 setiap bulan.
“Hari ini saya telah datang bersama-sama pasukan kementerian dan memberikan penghargaan pada pihak Econsave kerana setelah mengadakan libat urus, Econsave berbesar hati melancarkan program jualan rahmah petang semalam.
“Jadi ini sangat besar maknanya kepada rakyat khususnya golongan B40 yang dalam kalangan mereka ada miskin tegar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran penurunan harga barangan di Econsave Pandamaran, Klang.
Beliau berkata penurunan harga 1,000 barang tersebut akan ditentukan sendiri oleh pihak Econsave. Barangan tersebut terdiri dari makanan asas yang sering dibeli oleh rakyat.
Penurungan harga barangan ini akan berkuatkuasa di semua 91 cawangan Econsave seluruh negara untuk permulaan berkuatkuasa sehingga bulan 22 April sempena dengan perayaan Aidilfitri.
“Jadi saya harap selepas ini kita akan terus adakan libat urus dengan pasar raya seperti Mydin, Econsave, Aeon dan lain-lain supaya mereka dapat bersama jayakan jualan kasih sayang,” katanya lagi.
Salahudin turut menyatakan usahasama kerajaan dengan pemegang taruh dalam sektor ini tidak melibatkan kos tambahan untuk kerajaan.
“Ini kita usahakan tanpa melibatkan kos kerajaan. Ini sesi libat urus kita dengan pemain industri dan rakan strategi untuk bersama-sama jayakan program payung rahmah ini,” katanya.
Jenama Rahmah telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari sebagai usaha penjenamaan dalam semua program kebajikan jabatan-jabatan kerajaan.
Ini kerana pentadbiran kerajaan sekarang prihatin dengan masalah peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Visit Salahuddin Ayub FB Page and Like/Share : Salahuddin Ayub
Turut baca :
Leave a Reply