{VIDEO} “Salah tapi kesian…” Pukul warga emas himpit motor, ramai berdebat pertikai tindakan ‘rider’

“Salah tapi kesian…” Pukul warga emas himpit motor, ramai berdebat pertikai tindakan ‘rider’. Pujangga Melayu ada berbunyi, yang tua dihormati sementara yang muda pula disayangi.

Namun, itu bukan bermakna kita sebagai orang muda perlu berdiam jika ditindas atau diperlakukan sewenang-wenangnya oleh mereka.

Misalnya sepertimana yang menimpa pemuda ini yang juga merupakan seorang penghantar makanan.

Dalam sorotan berdurasi 23 saat itu, memaparkan tindakan berani pemuda berkenaan menyerang seorang pemandu wira selepas motosikalnya terjatuh akibat dihimpit.

Namun begitu, perbuatannya menjadi perdebatan pula dalam kalangan netizen apabila mendapati pemandu berkenaan rupanya golongan warga emas berbangsa Cina.

Ada yang berpendapat tindakan memukul sebenarnya telah melampaui batas dan itu mungkin akan merisikokan diri sendiri walaupun kesalahan berpunca dari pihak pemandu.

Dalam waktu sama, tak kurang juga yang memihak kepada ‘rider’ tersebut dengan alasan pemandu seperti itu sepatutnya ‘diajar’ agar lebih berhati-hati.

Lebih selamat adalah sebaiknya tidak memandu langsung, terutamanya apabila umur sudah sesuai digelar warga emas yang rata-ratanya mempunyai masalah mata dan sebagainya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*