{VIDEO} Salah guna kuasa, pasangan pempengaruh popular direman 4 hari

Pasangan suami isteri pempengaruh popular yang tular berhubung kes derma direman selama empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pasangan itu masing-masing berusia 30 dan 26 tahun.

Terdahulu semasa dibawa anggota SPRM pukul 9.19 pagi, pasangan itu dilihat tenang dan hanya tersenyum ketika pihak media yang merakam gambar mereka.

Suspek lelaki kemudian sempat menyapa dengan baik kepada pihak media yang merakam fotonya dengan memberi salam.

“Assalamualaikum” katanya.

Sementara itu peguam Abd Rahim Ali yang mewakili pasangan suami isteri pempengaruh itu ketika ditanya adakah reman hari ini, berhubung penyelewengan kutipan derma, peguam itu menafikan perkara tersebut.

“Kalau tanya saya tidak samalah…lainlah, dua anak guam saya ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 (1) akta itu.

Turut baca :

“Oleh itu, kami membuat bantahan, sebab tak kena dengan Seksyen yang dipohon oleh SPRM, hakikatnya mereka bukan seorang penjawat awam,” kata peguam itu.

Pasangan itu dan dua lagi lelaki kemudian keluar dari mahkamah pada pukul 12.45 tengahari.

Terdahulu suspek lelaki memaklumkan dia dalam keadaan sihat semasa dibawa anggota SPRM untuk ke tandas.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat…mohon doa yang baik-baik,” katanya ketika disapa pihak media mengenai keadaannya terkini.

Semalam media melaporkan pasangan suami isteri itu telah ditahan SPRM semalam pukul 6.40 petang.

Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*