Bagi individu yang mendiami rumah jenis apartment atau kondominium, pasti tahu betapa ‘bercintanya’ untuk turun ke bawah semata-mata hanya untuk buang sampah.
Namun, jangan tak percaya ada pihak yang mempunyai satu tabiat bilamana mereka membuang sampah dengan cara mencampaknya dari tingkat atas sepertimana yang dilakukan jiran wanita ini.
Disebabkan tindakan tersebut, tidam semena-mena sampah tersebut terkena cermin keretanya yang diletakkan di parkir pecah berderai.
Bukan itu sahaja, sampah milik jirannya tadi juga terburai menyebabkan keretanya kotor dan berbau.
Menerut penjelasan wanita berkenaan, kejadian bukan berpunca sebab khianat tetapi sikap segelintir jirannya yang amat pemalas untuk turun.
Dedahnya, kos membaiki cermin menelan kos sebanyak RM500 manakala kos mencuci pula hampir RM100 tetapi baunya masih ada walaupun mungkin tidak kuat.
Meskipun tidak berada di situasi itu, orang ramai seolah dapat merasakan betapa sakitnya hati berdepan manusia jenis tiada sivik seperti pemilik sampah berkenaan.
Mereka berharap agar wanita itu sabar dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga atau mungkin boleh terus mengambil tindakan ke atas pelako tak beradan sebegitu.
Turut baca :
- {VIDEO} Hos sibuk tanya pasal janda, majlis ilmu di Kelantan jadi bualan
- {VIDEO} “King menggila lagi…” Myvi hampir tenggelam tengah laut buat pemandu panik
Leave a Reply