Tindakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina melanggar lampu isyarat merah di Persimpangan Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam mengundang padah apabila bertembung dengan sebuah kereta polis.
Kejadian tersebut telah dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dash cam) sebuah kenderaan lain tular di Facebook hari ini.
Berdasarkan rakaman dashcam berdurasi 26 saat kejadian dipercayai berlaku semalam kira-kira pukul 6.03 petang.
Susulan kejadian terbabit, ramai pengguna media sosial seakan berpuas hati kerana pemandu tidak bertanggungjawab itu akhirnya bertemu ‘buku dengan ruas’.
Bukan itu sahaja, ramai juga tertanya-tanya dengan nilai ‘hantaran’ yang bakal dikenakan terhadap pemandu Grand Livina yang sudah merempuh bahagian kiri kereta polis.
“Lampu kuning bersedia untuk berhenti, bukan makin tekan pedal minyak. Tak pasal dapat habuan,” komen Syafiq.
“Masak la kau dik pergi ‘cium’ abang sado pulak. Sakit dapat surat cinta pun dapat, siap ada harga hantaran lagi berapa nak kena bayar,” tulis Siti.
“Tak tau la nak habaq lagu mana (cakap macam mana). Kereta polis pun kau sapu, saja cari penyakit,” ujar Sam.
Turut baca :
- {VIDEO} “Dah langgar blah macam tu jer… Wanita ingatkan pemandu Mazda CX-5, ‘anda bukan langgar kuman kecil’
- Bimbang ‘dikebas’ orang, isteri ‘ikat’ suami guna susuk jarum emas, ini berlaku selepas pasangan meninggal
- {VIDEO} “Tak tahu apa tujuan pergi kesana… Conteng batu, joget depan Kaabah, main game, kelakuan jemaah haji cetus kemarahan ramai
Leave a Reply