{VIDEO} Rider terkulai lepas rempuh kereta tak sabar keluar simpang

SEORANG penunggang motosikal dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Klebang Putra, Ipoh, Perak pada Rabu.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial sejak Khamis, kemalangan itu melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kereta di simpang tiga jalan tersebut.

Menerusi video sama, pemandu terbabit itu dilihat cuba keluar dari simpang sebelum bertembung dengan mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta tersebut sebelum terbaring di tengah jalan.

Namun, keadaan sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian.

Sementara itu, rata-rata warga maya berang dengan tindakan pemandu kereta yang seolah-olah tidak berhati-hati ketika keluar dari simpang.

“Kereta ini tak tengok betul-betul, main lintas sahaja,” komen Muhd Syawal.

“Tak bangun terus rider (mangsa). Harap selamat,” kata Iskandar Zulkarnain.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*