{VIDEO} Rider berhelmet ‘full face’ kena cepuk pemandu botak, rupanya ini berlaku

SEJAK kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan kes buli di jalan raya. Malah kejadian itu dilihat semakin hari kian menjadi-jadi sehingga mengundang pergaduhan dan serangan fizikal kepada mangsa.

Selain itu, pembuli jalanan ini juga sering menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, satu video dimuat naik seorang individu menerusi Facebook, Pembuli Emas Bintulu pada Ahad mendakwa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi diserang secara fizikal oleh pemandu lain.

“Kejadian pagi tadi (Sabtu) di Jalan Kemena, Bintulu. Kawan saya dalam perjalanan pergi bekerja sebelum pukul 8 pagi tadi.

“Dia tidak sedar motosikalnya dihimpit dari laluan kanan ke kiri sehingga hampir kemalangan.

“Pemandu kereta itu secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya dan keluar menampar penunggang motosikal tersebut,” tulisnya.

Dalam video berdurasi 14 saat yang dirakam oleh orang awam itu kelihatan jalan agak lengang.

Pemandu kenderaan jenis Toyota Vios itu pada mulanya memberhentikan kenderaan di tepi jalan raya dan menjerit ke arah mangsa.

Turut baca :

Penunggang motosikal itu pula sudah mengangkat tangan seakan-akan memberi signal meminta maaf kerana mungkin tidak sengaja menghimpit kerana pemandu terbabit.

Pemandu itu bagaimanapun secara tiba-tiba menampar mangsa yang mengenakan helmet full-face.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*