Ribuan ikan bilis dilaporkan mendarat di Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.
Melalui satu klip video di laman sosial Tik Tok sejak semalam, pengunjung di pantai tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengutip ikan-ikan bilis yang terdampar di pesisir pantai tersebut.
Difahamkan, satu fenomena sama dipercayai turut melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini telah mendapat liputan meluas dalam media tempatan negara terbabit.
Menjengah di ruangan komen mendapati orang ramai bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti banjir besar yang pernah berlaku di negeri Terengganu sebelum ini.
Turut baca :
- {VIDEO} Nahas UiTM Dungun : Suami pemandu mohon maaf, tiada siapa mahu tragedi berlaku
- {VIDEO} Pura-pura jatuh sebaik saja lampu hijau… Gadis kongsi taktik pengemis jadi mangsa kemalangan
- Pertengkaran suami isteri berakhir tragedi, wanita maut ditikam selepas pulang dari balai polis
“Kalau di Kelantan tahun 2004 kemudian 2014 banjir besar berlaku, ingat juga ini 2024. Saya fikir jangan seronok sangat, kita minta dengan Allah supaya dijauhkan segala bencana,” ujar Amar.
“Betul jangan tolak rezeki depan mata, tapi berdoa kepada Allah agar hindarkan perkara buruk dari berlaku,” jelas IrfanLC.
“Semoga baik-baik sahaja, ini pun dah masuk bulan Oktober, Pantai Timur biasanya akan berlaku kajadian banjir. Semoga dipermudahkan,” kata Usop87.
@rani1964hamid #fyppppppppppplllllシツ♡♡♡💖💕 #bilis #pantaisuradungun #tv3 #tv3malaysia
Leave a Reply