{VIDEO} Rebut pelanggan punca peniaga di Pasar Siti Khadijah bergaduh

Pergaduhan antara peniaga gerai makan dilaman Pasar Siti Khadijah di sini pada Isnin lalu berpunca daripada berebut pelanggan.

Pergaduhan antara beberapa lelaki termasuk wanita itu berlaku pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima dua laporan berkait kejadian itu pada pukul 8.03 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca dari isu berebut pelanggan di antara peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

“Kedua-dua belah pihak telah datang ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan. Beberapa jam kemudian kedua-dua pihak telah menarik semula laporan tersebut.

“Tindakan kedua-dua pihak yang cuba menarik balik laporan polis dengan tujuan untuk selesaikan kes adalah bukan penyelesaiannya. Hal ini kerana kesan yang telah dilakukan oleh mereka itu telah menjejaskan keamanan masyarakat secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pihaknya akan terus menjalankan siasatan lanjut berkait kes tersebut.

Katanya, pada masa sama polis sedang mengesan serta menangkap suspek-suspek yang terlibat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 1 minit 22 saat yang memaparkan pergaduhan peniaga gerai makan akibat merebut pelanggan dilaman Pasar Siti Khadijah di sini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*