{VIDEO} “Rambut panjang tak masuk neraka tahu tak? – Bapa ‘berang’ ustaz gunting rambut anak tanpa izin

SEORANG bapa berang selepas guru sebuah sekolah agama dipercayai memotong rambut anak lelakinya tanpa meminta izin.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sejak Selasa, bapa tersebut menengking dan memarahi guru itu di perkarangan sekolah.

Video itu juga memaparkan tindakan lelaki tersebut yang seolah-olah tidak beradab dalam menegur seseorang.

Dia pada masa sama terus lantang menyuarakan pendapatnya dengan menyatakan bahawa mempunyai rambut panjang bukan sesuatu kesalahan berat.

“Rambut panjang tak masuk neraka tahu tak. Tengok tak rambut Rasulullah SAW macamana?,” jeritnya.

Lebih membangkitkan kemarahan orang ramai apabila lelaki tersebut mengugut dan cuba membuat provokasi terhadap guru terbabit.

“Kau panggil anak kau sekarang, kalau kau tak nak sakit dengan aku, kau panggil anak kau,” arahnya.

Situasi tegang itu turut meraih perhatian orang di sekeliling kawasan kejiranan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung kejadian itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*