Ramai yang tidak mengetahui nama asal tempat Damansara di Selangor sebenarnya adalah Damarsara, namun ia ditukar gara-gara pemerintahan British ketika itu tersalah ejaan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok cikgusafuan, lelaki itu bercerita di sebalik pertukaran nama daripada Damarsara menjadi Damansara yang digunakan sehingga kini.
“Nama asal Damansara bukan Damansara, tapi Damarsara iaitu berasal dari dua patah perkataan. Damar bermaksud bendalir daripada pokok, manakala sara pula daripada bahasa Sanskrit bermaksud sesuatu yang berharga dan bernilai.
“Kesilapan ejaan berlaku bila British memperkenalkan pendaftaran geran tanah pada tahun 1891 yang mana Sungai Damarsara dieja kepada Sungai Damansara.
Turut baca :
- {VIDEO} Lagi kes tarik kereta ke ni? Tular video tindakan dua lelaki pecahkan cermin kereta
- Warga emas maut digilis lori di Jempol
- Rasuah perlombongan pasir, SPRM jumpa petunjuk baharu
“Perkataan Damarsara masih boleh dilihat dalam peta lama,” katanya pada hantaran video.
Ujarnya, berikutan itu adalah penting untuk memastikan penggunaan ejaan yang betul dalam sebarang urusan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok selain ramai yang menyifatkan nama Damansara lebih sesuai berbanding Damarsara.
Bagaimanapun, cikgusafuan memaklumkan, hal ini kerana nama Damansara sudah biasa disebut berbanding Damarsara yang tidak lagi digunakan sehingga kini.
“Nama yang sudah biasa kita dengar, itu pasti lebih selesa bagi kita,” katanya membalas komen pengguna tersebut.
“Damansara nak sebut lebih lancar berbanding Damarsara. Tapi kalau sebut Damarsara, akhirnya bunyi macam Damansara,” komen individu lain.
Leave a Reply