{VIDEO} Ramai ‘teruja’ nama PM10 ‘meletop’ dalam program realiti di India

Ramai ‘teruja’ nama PM10 ‘meletop’ dalam program realiti di India. Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi salah satu soalan dalam program realiti televisyen Who Wants To Be A Millionaire India baru-baru ini.

Sebuah rakaman berdurasi 45 saat menunjukkan rancangan yang dihoskan oleh pelakon legenda India, Amitabh Bachchan turut tular di media sosial sejak malam tadi.

Soalan tersebut berbunyi ‘Negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022?”.

Peserta program itu pula dilihat menjawab soalan itu dengan betul apabila memilih negara Malaysia sebagai jawapan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna meluahkan rasa bangga serta tertuja apabila perkembangan politik negara ini mendapat perhatian di negara lain.

“Mesti peserta tu mudah nak jawab sebab ‘viral’ di media sosial atau banyak keluar di berita-berita luar negara,” kata Osman.

“Bangga sekejap nama PMX (Anwar) masuk televisyen,” kata Siti.

“Soalan begini akan selalu ada dalam kertas peperiksaan selepas ini di negara lain,” kata Eminen.

“Untuk maklumat, soalan ini ‘bernilai’ AS$8,000,” kata Arjun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*